MyRAKAN

27 Oktober 2010

NASI ARAB


Lunch tadi semua warga penilaian telah dijamu nasi arab kat cyberjaya. oklah sedap sebab free. boss belanja sebab dia naik pangkat dan bertukar opis. restoran saba cyberjaya telah terpilih dan kami semua ditempatkan di tingkat 2 kedai tersebut yang suasananya aku pun tak suka. lagi best makan kat kedai mamak

oleh kerana ramai dan masa yang suntuk maka seorang telah dihantar awal kesana untuk order makanan dengan harapan apabila kami semua sampai terus je makan. harapkan cerah hingga kepetang tapi hujan ditengahari, aku sampai dalam kul 1.00 petang hanya separuh order yang sampai...memang lembab kedai ni

ditambah lembab lagi minumam jus oren ngan jus epal sampai tahkala kami semua habis makan. "sian sape yang order" aku tumpang simpati. memang kalut lah staff situ. order on call tak mau kena order on duduk pastu kalut order tak sampai2. tu bodoh sombong namanya...


lepas kenyang makan nasi arab "kek time pulok" sempena befday salah sorang pegawai penilaian yang kebetulan jatuh hari ini. yang keberapa tanya sendiri kat orangnya sebab aku pun tak tau hehehe...beliau adalah seorang pegawai yang mesra rakyat, selalu mengambil berat kebajikan staf2 bawahan serta baik hati. semoga beliau diberi keberkatan dan dimurahkan rezeki...amin

p/s; rupanya banyak dahh kedai makan kat deret2 tu...jom lepak

26 Oktober 2010

IENOVO THINK VISION


Aku pun tak tau ape ke bendanya ni. yang aku tahu ia adalah komputer yang baru aku dapat seminggu lepas.

mungkin ade yang bercakap "ala opis aku lama dah dapat pc flat skrin ni" itu opis ko tapi bagi kami inilah yang dinanti2kan sekian lamanya. sebelum ni kami hanya dibekalkan dengan komputer putih besar kedabak tu yang entah bape kali masuk icu.

kalau dulu sebelum bertukar ke sini aku sempatlah jugak melanyak pc baru flat skrin 80 inchi. opis lama akulah tapi takdelah skrin sampai 80 inchi tapi besar lagilah dari yang ini.

kadang tu aku pun hairan sebagai salah satu agensi kerajaan yang memungut hasil kerajaan yang berbilian2 setiap tahun tapi dari segi kemudahan jauh ketinggalan dibandingkan opis2 yang memang takde hasil aku rasa, menghabiskan duit lagi ade. dimanekah silapnya??

benarlah kata pujangga "bukan senang nak puaskan hati semua orang" dapat berbunyi tak dapat lagilah. sana sini kedengaran keluhan penerima2 komputer baru...susahlah lecehlah setting tak betul lah tak boleh itu tak boleh ini dan macam2 lagi. benda baru kan ramai lagi yang tak biasa, masih janggal kekok dan jakunn.

p/s; aku kalau nak citer pasal komputer memang tak tau, tau pakai jekk

25 Oktober 2010

PPEOC DI PUTRAJAYA


Setelah sekian lama hanya berkomunikasi di alam maya (forum dan facebook) maka pada sabtu lepas buat pertama kalinya aku join ppeoc dalam TT session kali ini di dataran masjid putrajaya.

kalau dah pertama kali join kompon2 aku tak kenal depa2 semua ni. jadi untuk memudahkan diri aku yang pemalas dan pemalu ini aku gerak dari umah kul 5.30 petang. sesampai je aku di dataran kelihatan deretan keter2 persona elegance menarik perhatian aku dan ditambah lagi beberapa member berbaju ppeoc maka tidak perlulah bertanya "ppeoc ke??"

sampai2 je matikan enjin kuar keter dan berjalan ala2 model menuju kearah mereka, ceh cam bagus jekk. pas salam2 dan perkenalkan diri acara biasa semasa tt, berdiri berborak bergurau2 skit dan bertukar2 cerita.

antara topik2 yang dibualkan pasal keter, stiker, keahlian, forum, facebook dan sesekali tu terkuar gak pasal awek2 dan keter2 yang buat litas langsung kat situ. perbualan kami tidak berakhir disitu saja dan disambung pulak kat ali bistro presint 15 entah sampai ke pukul bape sebab pukul 9.30 malam tu aku bergegas balik dulu.

member2 yang hadir kali ini sepakat untuk menampal stiker cermin depan bagi membakar line member2 lain di facebook dan forum. stiker ini akan ditampal pada sesi tt yang akan datang.

orang masuk kelab ini ade berbagai2 tujuan...ade yang nak cari jodoh, modifed keter, suka berkonvoi, bergaya dengan stiker kelab dan macam2 lagi. tapi bagi aku, aku cuma nak tambah kawan2 dan bertukar2 cerita pasal2 keter kita. dan tak lengkap rasanya kalau setakat tampal stiker kat keter dan berforum tanpa kenal member kelab, member2 lalu sebelah pun tak kenal.

lupe plak member2 yang hadir qi pyan, aku best, k-rol, din, fakri, yuzrin dan irrahady. walaupun tak ramai tapi yang penting dapat mengeratkan silaturahim dan kekeluargaan dikalangan ahli.

p/s: aduhh napelah kepala otak aku ni makin bengappp

22 Oktober 2010

PERTANYAAN


Korang ingat ape aku buat kat situ sampai berkerut2 dahi tapi tak nampak sangat pasal muda lagi...duduk saje2 bukak konter zakat konter pertanyaan ataupun konter khidmat pelanggan

kat sinilah tempat TETAP dan berpencen aku tunggu orang datang jemput aku lunch...kawan aku lahh. kat sinilah aku berpeluh2 tunggu dia kalau tak dia yang berpeluh2 tunggu aku hehehe.

tapi hari tu lain skit...
tiba2 aku dapat sms "jom kete aku" eh awal plak budak ni tapi aku TETAP balas "ok jom" cam biasa. aku tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu TETAP gak tak sampai. pastu dapat sms "jap dy boss aku panggil" aduhh. sampaikan aku rasa pahala aku hari tu dan melambak2 sampai tak larat nak angkut. mane taknya orang datang bertalu2 tanya tempat2 kat putrajaya ni "ape ingat aku duk situ bukak konter toriszem ke"

orang satu: singh jambang putih
singh ni orang kaya kot keter besar kala putih siap dreber tanya kementerian wilayah. masa tu memang aku blur jawab je tak tau. dan dan terus tanya sorang makcik lalu situ terus tunjuk "tuuuu..." ya allah belakang aku je...sorry singh very very sorry

orang dua: pakcik melayu
datang dari ipoh first time sampai putrajaya. uruskan ic anak dia kenapa entah tapi sampai lambat ke JPN lepas kul 12. terus orang JPN tu suruh g KDN. tanya kat aku camne nak gi KDN. aku bagi jalan gedebak gedebuk dia tak paham. cakap lagi dalam bahasa jerman nampak cam paham ok gi lah pakcik selamat jumpe KDN

mula tu aku tanya pakcik sampai sini lalu mane tadi. dia pun jawab entahlah nak pakcik jalan je tiba2 sampai JPN...dumm lalu jalan udara kott

orang tiga: budak dispet tanya ioi mall resort
ni pun satu kes baru first time sampai putrajaya. dia kata dia pusing2 putrajaya ni tak jumpe. memanglah ioi bukan kat sini nunnnn luar putrajaya. pun sama kes cam pakcik tadi citer2 pun tak guna hampehhh tak leh tangkapp

orang empat: abang melayu tanya pinjaman perumahan
ni senang skit...abang patah balik terus je pas MOF ni pinjaman perumahan sebelum trafik light depan sana tu. done

orang lima: india tanya wisma putra
yang ni aku sian skit tak tau camne nak explain. yerlah dia jalan kaki. aku cakap kalau jalan kaki jauh ada bawa budak kecik plak tu mau tambah gelap tengah2 hari ni. pastu tanya aku bas no bape sorry saya tidak tau....

orang enam: abang botak
aku tak ingat dia nak gi mane sebab aku tak explain dia betul2. sebab masa ni dah tak ikhlas nak tutup konter member aku sampai...

tengok betapa larisnya konter aku dalam 20 minit aku dapat enam customer...dah lah kat opis pun aku jadi tempat bertanya, nak gi lunch pun jadi tempat bertanya gak...

p/s: kenapa ek orang konter pertanyaan perlu bagi jawapan bukan pertanyaan???

19 Oktober 2010

CITA-CITA

Masa sekolah2 dulu cikgu selalu tanya "nak jadi ape bile besar nanti". memang ramai cakap nak jadi polis. mungkin sebab rajin tengok cite gerak khas. aku pun sama tak terkecuali. tapi sebenarnya masa tu tak tau pun ape tu keje polis, yang kita tau tembak orang

pastu besar skit sekolah menengah cikgu tanya lagi "ape cita2 kamu bile besar nanti". aku pun tukar "saya nak jadi enjinear" ewah cite2 mesti tinggi walaupun dalam bahasa melayunya dekat enjin hahahaha

sekarang ni dah besar, polis pun tak jadi, enjinear pun jauh sekali. aku pulak tanya diri sendiri "ape cite2 aku sekarang ni". cita2 aku nak sampai 50KG...

boleh ke tercapai cita2 aku tu...dulu nak jadi polis tertukar enjinear terus terjadi kerani. dah elok2 jadi kerani nak tuko jadi 50KG pulak...50KG tu berat akulah. tak taulah ia satu cita2 atau azam tapi bagi aku sama jekk. pada 19 okt 2010 jam 8.15pagi berat aku 49kg.



dah lama aku bercita2 nak berat sampai 50kg. seumur idup aku memang lum sampai ke situ. paling tinggi pun sampai 49.5kg je pastu turun balik...

macam2 dah usaha aku buat termasuklah weight gain tapi tetap hampehh. kalau bab senam plak memang biasa akan hangat2 taik kambing pas senam makan, pas makan makan tak senam2 dahh. bab makan plak takdelah banyak tapi cukuplah 6 kali sehari

tapi walaupun aku macam ni alhamdulillah sihat wal'afiat. jantung paru2 hati usus kepala otak mata tangan kaki bontot semua berfungsi dengan baik sekali...*disahkan oleh persatuan doktor2 sewaktu dengannya...

p/s; orang lain sibuk kuruskan badan aku nak gemuk plak ermmm...

18 Oktober 2010

MARI MENARI


"Mari menari yea yea"
sekali lagi astro menerbitkan program realiti baru selepas imam muda. aku agaklah mari menari ini diperkenalkan untuk menggantikan sehati berdansa yang menampilkan selebriti sebagai peserta. (agak2lah kan takde artis nak masuk dah kot hehehe pandai2 je aku)

seramai 12 pasangan bertanding dengan bermacam2 latar belakang...ade pegawai polis tentera pemandu lori model suri rumah tua muda adik+kakak bapak+anak suami+isteri dan macam2 lagi

aku rasa mereka2 ni semua memang dah pandai ataupun biasa menari dan paling kurang pun dah ade basic lah. mane daknya minggu pertama lagi masing2 dah menunjukkan skill masing2 yang memang gile2 belaka

aku pun malas nak citer lebih2 sebab aku ni pun masihh kayu. kalau menari pun kapur banyak hahaha. kalau nak tau tengoklah sendiri kat astro... tapi dalam ramai2 tu satu paling aku suka...jeng jeng jeng



ini dia lisa surirumah hehehe....

p/s; untuk undi taip MM LISA dan hantar ke rumah...jadilah lisa surirumah hahaha..

15 Oktober 2010

BAJET 2011


Setiap kali hari2 bajet mesti dalam kepala hotak kita BONUS!!! terutama kakitangan awam. macam takde agenda lain nak dengar bonus...bonus...bonus. macam2 spekulasi kuar dapat 1 bulan, 2 bulan dapat minimum seribu dan macam2 lagi

para peniaga pulak menunggu2 kalau PM umum bonus tuk kakitangan awam senanglah diorang nak naik kan harga barang. bagi barang2 terkawal plak ugut tak nak jual untuk naikkan harga. bila rakyat dah bising kompom2 kerajaan akur dengan tuntutan peniaga

jadi kesimpulanya bajet ni tunggu sahaja pengumuman bonus, yang lain2 tak penting. ade bonus sayang kerajaan "wa caya sama lu lah" bile takde "pirahhhhhhh kerajaan BN"...walhal banyak lagi agenda2 lain yang penting untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat dan negara bakal diumumkan semasa pembentangan bajet. semuanya untuk perancangan kerajaan bagi tahun yang mendatang

tapi aku rasa PM kita tak akan menghampakan semua...kakitangan awam swasta petani nelayan peniaga semua akan mendapat faedah dari bajet 2011...insya allah

p/s: dapat alhamdullillah, tak dapat pun takpe...dah ade kerja pun syukur alhamdulillah

14 Oktober 2010

MANTAN PERTEK

Tengahari tadi diadakan majlis perpisahan kepada pegawai2 yang naik pangkat dan bertukar. boleh sekalilah meraikan pegawai2 baru kat opis aku ni...dato mohamed khalid menggantikan dato sri ibrahim sebagai ketua pengarah kastam, dato hasan ganti dato govinden sebagai pengarah pertek dan tuan md noor belum ade ganti hehehe sape bran..apply lahh

diserikan lagi majlis dengan dendangan suara2 lunak warga pertek dan lagu HAMPA dari pengarah baru yang menurut beliau tiada kena mengena dengan hidup maupun mati.

memang tak sah rasanya kalau buat majlis terutama melibatkan orang2 besar ni kalau takde makan kecuali bulan pose. kena pulak salah satu menu daging kambing.

cite pasal daging kambing
adalah satu ketika bapak aku masak daging kambing ni pada majlis yassin dan tahlil kat umah aku kat kampung. sebagai rekod orang kampung aku tu memang ramai yang mengaku tidak akan sesekali boleh makan daging kambing. alasan; berbau lah darah tinggi lah pening kepala lah sakit hati lah dan seribu satu macam alasan yang diberi...

nak dijadikan cerita setelah daging kambing masak kari dihidangkan maka bertebaranlah tangan2 mereka termasuk yang TAK BOLEH MAKAN tu melantak daging kari tu sampai habis. fuhh memang sedap sangatlah bapak aku ni masak. patutlah selalu orang suruh bapak aku masak tuk kenduri kawin diorang. lepas 2 3 hari tu pasang2 lah telinga, tapi takde pun terdengar orang kampung yang masuk sepital akibat MAKAN DAGING KAMBING...

mungkin telah menjadi habit kita turun temurun, banyak sangat pantang larang tak boleh itu tak boleh ini. geli makan kambing sebab berbau tak mandi. pembersih sangat ke kita sampai tak boleh bau kambing tempoyak budu pudu dan berudu...bergembiralah kambing dan berdukacitalah ayam dan lembu yang sentiasa menjadi korban

p/s: rasa dah macam terkuar tajuk plak...SPAMMMM

13 Oktober 2010

DETIK TERAKHIR SYAWAL


Walaupun dah 5 hari syawal berlalu tapi aku nak gak citer benda ni. tak kiralah ape korang nak cakap aku tak peduli inilah dunia aku hahaha...mungkin ramai yang akan berkata2 aku ketinggalan ketapi, citer dah basi tapi memang dah ari ni je aku sempat nak update, up to me lah

ok citer bermula begini....

jumaat lepas opis aku buat sambutan hari raya untuk cawangan penilaian dan setiap orang kena bawak satu jenis makanan atau masakan, ala kira pokluk lah...tak kira lah bawa ape pun, walaupun ada yang malas masak ataupun takut tak sedap, bawak lah pinggan mangkuk tembikai lemang yang memang semestinya belilah barangan buatan malaysia. tidak dibenarkan bawak diri ataupun perut okey...kalau boleh akulah antara orang2 nye yang akan berkelakuan begitu hehehe

inilah antara pembawakan dari semua yang terlibat. belum lagi termasuk sate, lodee, nasi minyak, kek dan orang2 yang datang makan...air pun lum ade gak, oren, sarsi, koke, teh dan kopi

ohh ya majlis bermula 9 pagi sampai makanan abis pada jam 4 petang...jangan pandang takde mata okey kami makan sambil keje dan keje sambil makan dan makan sambil makan

blah petang plak aku sekeluarga telah hadir satu lagi majlis penutup raya di redwok bangi bersama rakan2 gbs...walaupun kedatangan yang kureng memuaskan dari rakan2 tapi still enjoy dengan terciptanya satu sejarah world book recording artist

buat sekian lamanya muhamad zaqwan telah berjaya mendahului tiba dilokasi mengalahkan uncle zedi, untie jue dan untie shima hehehe...hari tu memang ujan rintik2 air bergelora mak bagi seposen ayah bagi seposen jadi mata...sampai kul 6 tengok2 lum ada sape2 lagi, ingat salah tempat ke, kerana selama ini memang aku tak penah sampai awal...

sekali aku call "zedi tak balik opis lagi" ok aku masuk dulu cop tempat tuk 10 orang...punyalah lama menunggu sampai mamat kedai tu jeling jekk "kata 10 orang tengok dari tadi 2 orang je udah lerz duk meja besar" dia tak cakap camni pun aku reka dari jelingan matanya

nasib baiklah kedai dia aman makmur dan harmoni, takde lah aku berasa bersalah sangat. kalau penuh sesak mau kena halau aku sekeluarga...

ok flasssback skit ondeway aku nak ke lokasi terpilih, redwok...dalam kekalutan nak cepat tu, yerlah ingatkan dah lambat, dengan jalan jem lagi, kalau ku tau tak payah aku susah2 baik punya cilok lari dari jem...aku sapu je terus kat roti

adelah satu lori mahayun main cilok2 tukar lorong, signal jangan haraplah, takde menyala pun, main redah je...hampir2 gak aku nak bersua muka ngan lori tu, kalau tidak tak taulah aku adakah ini syawal terakhirku...

kalau berlanggar kompom2 aku yang teruk, paling sakit pun keter calar balar, tak sakit ati ke???

p/s: kali ni aku wat punya entri 3 dalam 1


12 Oktober 2010

TADAAAAAAAAAA

Lama gak aku tak hapdet belog ini...tak taulah sebab ape...nak kata takde citer macamlah selama ni aku pandai bercerita hehe. tapi sebenarnya aku malas...terasa letih satu badang

semalam sekali lagi aku terjadi bibik, jaga anak sendiri si zaqwan...bukan pasal pengasuh cuti tapi kerana dia demam batuk2 dan paling risau nak antar dia, muntah2. pagi tu baru kul 9 dah 2 kali dia muntah...sebelum tu malam pun 2 kali muntah, aku pun naik risau takut penyakit lain plak terus masej nora "nak bawa g klinik x 2 kali muntah"

terus bawak ke klinik (lita alis presint 9)...check2 dia muntah pasal tersedak nak kuarkan kahak...lega skit takde ape2 yang membimbangkan...

ni gambar tengah2 demam tapi still masih aktip tak terkawal...suruh tido takmau last2 aku yang tido hehehe...

dulu masa kecik2 takde pun dia demam2 camni sampaikan ada orang tegur "baguslah budak ni takde pun demam2". tapi tak taulah dah besar2 ni (aik dah besar ke?? 10 bulan) selalu je kena demam...boleh dikatakan tiap2 bulan aku terpaksa EL (cuti kecemasan) nasib baik opis aku ni jenis sempoi senang2 je cuti tak banyak citer, cuma aku tak leh lah cuti pada hari2 tertentu kerana tugas

satu je menyenangkan aku, tiap kali gi klinik demam doktor akan cakap "tak perlu risau sebab dia ni aktip" walaupun dalam sakit2 nangis2 tetap nak bermain kehulu kehilir cuma aku rasa nasib tak pandai bukak pintu lagi

zaqwan sekarang ni dah pandai merangkak disamping meniti2 untuk berjalan...gigi pun dah tumbuh dua batang...habis semua nak di gigitnya

p/s: berhati2 lah korang jangan sampai kena gigit

06 Oktober 2010

BURGER 1 RINGGIT

Hari ini raja beger buat promosion beger singgit...tak taulah camne besarnya, kalau tengok kat gambar tu oklah ade salad tomato mayonis ermmmm mengiurkannn melilir air liur....

tapi sampai2 je alamanda tuhhhhh ko amik beratuq sampai ke pakson mau pengsan kelaparan...pas pas makan kul 1.40 pun orang still beratur panjang lagi

citer pasal beger singgit ni, dulu adalah kat serdang orang jual beger singgit...pada aku oklah walaupun daging nipis skit dari biasa, timun pun letak 3 4 keping je dengan sos serta tiada mayonis...

biasa kawan2 aku akan beli 2 ke 3 biji sekali makan tapi aku memadailah sebiji begerrr...cukuplah kann makan malam2 tapi sebelum tu kenalah baca doa panjang skit bagi berkat rezeki tuuu

kalau nak diikutkan ustad2 dulu memang ajar camtu, tak pun cukup baca bisnillah, barulah berkat rezeki tu makan skit pun kenyang alhamdulillah...itulah yang sebaik2nya

jadinya kalau korang gi makan buffer ke, open house ke ataupun makan free2 tu tak yah baca doa nanti rugi makan skit dah kenyang...yerlah kita niatlah nak jaga hati kawan2, makan skit kang dia kata masakannya tak sedap lah, kita tak sudilah, macam2 lah lah lagi lah

kalau gi makan buffer plak, bayar dah mahal pastu semua sedap2 plak takkan makan skit je RUGI OOO lainlah korang orang kaya memang dah selalu ngadap buffer tu...
pahtu sekarang ni plak banyak jemputan open house, satu hari sampai 3 4 5 6 7 umah, tak pegi nanti ade yang kecik hati tahun depan tak dapat jemputan lagi...jadinya kena gak pegi

cikgu ade cakap, ape2 yang kita buat semua bergantung pada niat...kalau niat baik, baiklah jadinya tapi kalau ade niat dll tu yang jadi berdosa je

p/s : semua bergantung pada diri sendiri bukanya gantung diri sendiri...

04 Oktober 2010

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI


Rumah terbuka memang dah menjadi amalan di negara kita...rata2 setiap perayaan ada saje umah terbuka, tak kiralah peringkat syarikat, kilang, jabatan dan secara individu...bah kan negara kita sendiri akan menganjurkan rumah terbuka kebangsaan bagi setiap perayaan utama negara...

ada orang kata "ape perlu open house, hari raya kan datang jelah"...kat dunia ni kita buat ape pun orang tetap akan bertanya, kenapa mengapa buat ape dan macam2 lagi...memang susah nak kita puaskan hati semua orang, jadi buat jelah ape korang rasa BAIK...

ada orang buat open house ini kerana senang kita masak sekali banyak, jemput orang ramai2 dan paling penting masa nilah kita bagi masa sepenuhnya melayan tetamu yang datang, yang kadang tu orang sebelah umah yang selama ini takde masa langsung nak bertegur sape...

kadang tu orang buat open house sebab nak cari jodoh...yerlah sambil layan2 tetamu jeling2 skit kawan yang kawan2 bawak, anak2 pakcik makcik yang bertahun2 tak penah jumpe, tak kurang gak jiran2 yang selama ni tak penah tau pun ade awekz siot...

hehehe ape aku merapu panjang2 ni...sebenarnya entry ni khas tuk orang2 ni...
terima kasih kepada kak na pengasuh anak aku zaqwan, zaidi, nana dan ina sebab jemput aku datang umah korang...memang rajinlah korang buat open house, semoga korang dimurahkan rezeki supaya tahun depan panggil aku lagi...minta maaf pada kawan2 lain dan terima kasih kerana menjemput aku

aku kalau boleh memang nak je datang awal kul 2 dia jemput kul 2.01 aku sampai...bukan ape senang orang pun tak ramai lagi, boleh lepak lama skit buat 3 ke 4 round makan...jangan plak aku datang awal sampai2 tak siap lagi, lemamg baru bakar, ayam baru nak sembelih, ketupat baru nak buat...camtu aku nasihatkan bagi je aku duit cukup dapat satu barrel ayam KFC

p/s: sorry kawan2, tahun ni aku tak buat open house, datang jelah umah aku sentiasa terbuka tuk semua...macamlah aku penah buat hehe

01 Oktober 2010

RAYA JKDM 2010

Alhamdulillah kenyang, makan sampai ke petang...

hari ni Jabatan Kastam DiRaja Malaysia telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Kastam DiRaja Malaysia...meriah memang sungguh meriah dengan kedatangan warga2 kastam yang memakai baju raya bling bling...

menu pulak aku rasa normal mane2 majlis raya jabatan...sate, ABC, mee kari, beriani, lemang, ketupat dan macam2 lagilah...kalau aku makan sorang kompom2 tak abis sampai basi...

gelagat orang yang datang
seribu satu macam, dengan pakaian yang dah macam PGL pun ade...masa ni lah nak tengok orang2 kastam melaram sebabnya hari2 biasa diorang ni memakai unipom yang disediakan...

masa nak makan plak
cam biasa agak2 nak abis ucapan tu masing2 dah standby untuk menyerbu ke arah makanan pilihan masing, tapi paling panjang que tempat nasi beriani ngan sate...yerlah bukan selalu kita dapat makan benda2 camtu, kalau ketupat ngan lemang raya2 ni biasa dah, rasa dah naik muak pun ade...

masa makan plak
ada yang ikut adab resam wanderpet 'ape yang penting kerjasama' satu meja tu tiap orang amik satu menu kumpul banyak2 dan bile meja dah penuh baru sesi makan bersama2...tak kurang gak yang makan sendiri2 walaupun duduk beramai2...ikutlah keselesaan masing dan masing2 ada alasan masing2

sebelum majlis
ketua pengarah kastam berbesar hati pusing setiap penjuru majlis untuk bersalaman dengan warga kastam serta jemputannya...terasa sedih dan sahdu kerana today is a lastday buat beliau sebagai ketua pengarah kastam malaysia

p/s: selamat bersara kepada yg bhg dato' seri hj ibrahim bin hj jaapar ketua pengarah kastam malaysia